Mengapa Club Asteria

Ada beberapa sebab mengapa saya menjadi ahli Club Asteria ini. 

Sebab paling UTAMA yang saya sangat tertarik untuk turut serta ialah kerana keyakinan pada pengasas Club Asteria ini iaitu ANDREA LUCAS. Kredibiliti beliau selaku bekas salah seorang Pengarah International Financial Corporation iaitu anak syarikat World Bank tidak dapat dipertikaikan kesahihannya. Beliau bersama beberapa orang rakannya yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing seperti Hank Needham, Mark Kaplan dan Dr. Rich Schuttler memberikan impak yang besar serta memperkukuhkan lagi penubuhan Club Asteria ini.

Kedua, hasrat Andrea Lucas untuk menangani kemiskinan yang membelenggu seluruh dunia terutama dunia ketiga adalah satu hasrat yang sungguh murni yang sepatutnya diraikan dan disokong oleh setiap individu seperti saya dan ANDA! Ianya adalah satu hasrat yang sangat besar yang tidak mampu dilaksanakan secara individu tetapi tidak mustahil sekiranya ianya dilakukan secara kolektif.

Ketiga, dengan menjadi ahli Club Asteria, terdapat beberapa kaedah yang dapat memberi manfaat terhadap kita:
  • Program Pendidikan : satu program untuk meningkatkan ilmu diri kita dan belajar bagaimana untuk mendapatkan kerja yang lebih baik, bagaimana hendak memulakan perniagaan sendiri dan yang paling penting bagaimana kita hendak meningkatkan kewibawaan diri kita.
  • Mendapat komisyen  dengan memasarkan produk serta servis: Dapat ganjaran apabila kita rujuk setiap ahli yang masuk menjadi ahli Club Asteria dan aktif sebagai Ahli Silver atau Ahli Emas.
  • Memanafaatkan diskaun yang diberikan: Program yang pelbagai dari 'online shopping'  dan juga peluang melancong dengan harga terendah dan berpatutan.
  • Pengurusan & Transaksi Wang Tunai secara mobile  disokong oleh rakan kewangan yang kukuh: Pindahkan wang anda ke serata dunia dengan selamat, mudah, cepat dan murah menggunakan kaedah e-Wallet @ e-dompet, Kad Kredit dan Debit dan teknologi mobile.
  • Mengambil bahagian dalam usaha gigih serta program kewangan-mikro/ kredit-mikro: Club Asteria menyediakan bantuan serta membuka peluang pekerjaan untuk anda dan juga komuniti anda, meningkatkan pendapatan anda, mengeluarkan bahan-bahan keperluan dan akhirnya meningkatkan tahap kehidupan anda.
  • Ambil bahagian serta menyumbang kepada Forum Antarabangsa Club Asteria: Tolong kami untuk menolong anda dan kita akan dapat melahirkan satu perubahan yang besar di dunia ini.


Keempat ialah kerana saya berasa bertuah dapat berkenalan dengan beberapa ahli terdahulu atau yang terawal di dalam Club Asteria yang sedia membantu serta memberikan sokongan tanpa berkira baik secara 'online' mahu pun 'offline' dan yang mempunyai insiprasi yang sama seperti mana yang anjurkan oleh Andrea Lucas. Anda juga akan saya perkenalkan dalam kumpulan ini sekiranya anda merebut peluang bersama saya. Latihan PERCUMA akan diberikan untuk kita betul-betul faham matlamat serta maksud sebenar Club Asteria ini.

Kelima, bagi saya program Club Asteria ini merupakan satu program yang saya sifatkan sebagai program persaraan untuk diri saya kerana dengan adanya skim pembelanjaan mingguan yang mampu memberikan sehingga USD400 seminggu maka saya tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan apa yang patut saya buat untuk terus menyara kehidupan saya serta keluarga dan bayangkanlah sekiranya kita, isteri atau suami kita dan anak-anak kita (umur 18+) mempunyai akaun dalam Club Asteria, berapa sebulan pendapatan isi rumah kita? Dengan adanya pembelanjaan itu akan mengurangkan tekanan dan bolehlah kita tumpukan masa kualiti kita untuk perkara yang memberi manfaat seperti beribadat dan juga bersama keluarga. Bersama Club Asteria kearah keluarga yang bahagia!

Keenam ialah tiada apa yang hendak disesalkan kerana Club Asteria ini berkonsepkan 'lebih banyak memberi, lebih banyak kita dapat' dan bukannya MLM atau Matrix. Hanya satu saja sesalan ialah saya tidak masuk menjadi ahli Club Asteria ini terlebih awal. 

Buatlah keputusan dengan bijak kerana  kejayaan kita terletak pada diri kita.



Hanya Anda Yang Dapat Merubah Nasib Diri Anda!


Ikhlas dari saya,

Ghazali Othman
Network Director Club-Asteria